Mangsa yang terkorban terdiri daripada tujuh dewasa dan lima kanak-kanak.
Pada Khamis lalu, portal Mail Online melaporkan 60 orang penduduk Kampung Mpoza, berhampiran bandar Tsolo, dekat sini terpaksa dikejar kan ke beberapa hospital selepas mengalami cirit- birit, muntah- muntah, sakit kepala dan kejang perut dipercayai akibat bisa ular yang meresap dalam daging lembu tersebut.
Daripada jumlah itu, seramai 16 orang kanak- kanak d ihantar ke hospital, lapan daripada nya dipindah kan ke wad pediatrik Akademi Hospital Nelson Mandela manakala selebihnya dibawa ke Hospital Negeri Mthatha.
Jurucakap Jabatan Kesihatan Cape Timur, Afrika Selatan, Sizwe Kupelo berkata, memandang kan jumlah kematian agak besar, pihak nya telah memilih untuk mengasingkan pesakit dan memantau keadaan mereka.
“Hospital St. Barnabas di Libode telah bersedia menerima pesakit tambahan bagi kes ini. Orang ramai digesa tidak memakan bangkai lembu yang mati akibat dipatuk ular kerana ia hanya mengundang padah jika kamu berbuat demikian,” katanya.
Ular tedung selar merupa kan reptilia jenis Elapidae iaitu dari keluarga ular berbisa yang terdapat di kawasan tropika dan subtropika di seluruh dunia.
Racun haiwan itu mengandungi neurotoksin possinaptik yang merebak dengan cepat dalam aliran darah mangsa, menyebabkan kegagalan pernafasan dan diakhiri kematian.
sumber: kosmo via papejee