KODE Dfp 1 (AWAS)!!! PDRM Guna Kamera Lebih Canggih (KAMERA SNIPER) Sempena Tahun Baru Cina l Kelajuan Anda DiPERHATIKAN !!! | Info Pink

(AWAS)!!! PDRM Guna Kamera Lebih Canggih (KAMERA SNIPER) Sempena Tahun Baru Cina l Kelajuan Anda DiPERHATIKAN !!!

KODE 200x200
KODE 336x320 atau in artikel
Berdasarkan rekod PERKESO, kematian terutama nya golongan pekerja meningkat setiap tahun malah angka semakin merisaukan apabila tibanya musim perayaan.

Tahun ini, bagi mengurangkan angka kemalangan dan juga kematian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan operasi secara besar besaran untuk melancarkan pergerakan lalulintas, mengurangkan kadar kemalangan jalanraya khususnya kemalangan maut dan kes kes pecah rumah pada musim Perayaan Tahun Baru Cina.

Pemandu yang didapati melakukan kesalahan seperti menggunakan lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar ketika Ops Selamat dijalankan pada Tahun Baru Cina 2017 iaitu 21 Januari sehingga 5 Februari ini akan terus dihadapkan ke mahkamah seandainya gagal membuat pembayaran kompaun pada tarikh atau jangkamasa yang telah ditetapkan. Sekiranya gagal hadir ke mahkamah, waran tangkap akan dikeluarkan.

Operasi juga akan ditingkatkan di lokasi lokasi yang seringkali kerap berlaku kemalangan. Kalau dulu kita akan nampak polis trafik dengan tripod kamera tapi untuk tahun 2017, polis trafik mengambil pendekatan baru dengan menggunakan kamera yang lebih canggih dan tidak memerlukan polis untuk hanya statik berada pada satu satu kawasan sahaja.
Kamera ini bukan hanya boleh dipegang malah boleh menangkap imej kenderaan yang melebihi had laju dengan kelajuan yang tepat dengan cepat. Seumpama sniper tapi dalam bentuk kamera. Alat penembak had laju ini juga dapat menghasilkan gambar/imej yang membolehkan pihak polis trafik menahan pesalah di sepanjang lebuh raya.

Kalau dahulu, para pesalah jalanraya masih boleh terlepas, tetapi kini, khabarnya dengan kecanggihan alat ini, pesalah yang membuat kesalahn di Skudai, Johor boleh ditahan di Tol Sungai Besi, lengkap dengan bukti imej pesalah dan tarikh hadir ke mahkamah (sekiranya gagal membayar kompaun). Canggih bukan?

Ops Selamat kali ini bukan hanya memfokuskan kepada kesalahan jalanraya malah juga melibatkan kes pecah rumah di mana ramai yang meninggalkan rumah ketika musim perayaan. Mereka yang balik bercuti raya dinasihatkan supaya mengunci rumah dan memberitahu kepada jiran supaya tiada perkara tidak diingini berlaku.

Dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga jaga antara nya;

Jangan Memandu di lorong kecemasan
Jangan memotong di garisan berkembar
Jangan menggunakan telefon bimbit ketika memandu

Patuhi Had LAJU
Pakai talipinggang keledar
Pakai topi keledar ketika membawa motor
Pastikan mendapat rehat secukupnya sebelum bertolak ke destinasi

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT

Sumber & Info: PDRM
Kredit: PERKESO
Kode 300 x 250
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
Kode DFP2
Kode DFP2