Menurut Nazri dalam laporan disiarkan Mstar Online, isterinya Datin Seri Haflin Saiful Azhar telah menjadi mangsa buli siber anaknya Nedim Nazri Aziz yang juga merupakan suami kepada pelakon Nora Danish.
“Isteri saya (Haflin) telah jadi mangsa buli siber. Saya tidak tahu tujuan dia (Nedim) melakukan perkara itu. Kena tanya dia sendiri.
“Isteri saya ini pangkat ibu kepada dia, kenapa buat begitu? Dia sendiri ada anak tiri, adakah anak tiri dia buat macam tu kepada dia?” kata Nazri ketika dihubungi wartawan Mstar Online, Khamis.
Pertelingkahan terbaharu antara Nedim dan Haflin kali ini dipercayai bermula apabila Haflin mendakwa Nedim dan isterinya Nora Danish tidak ‘lepas SPM’. Walaupun berkata enggan memberi respon namun Nedim telah memuat naik pula Insta Story menyatakan Haflin menyebarkan berita tidak benar mengenai dirinya dan Nora.
Isu berterusan sehingga Haflin menyatakan secara terbuka yang Nazri tidak suka apabila Nedim tidak menghormati Haflin sebagai ibu tiri selain menyentuh isu ibu Nedim yang didakwa sering mengganggu suaminya.
Haflin kemudian memuat naik kenyataan di bawah:
“@Boss_ned (Nedim), bapa kamu nak kamu tahu bahawa dia tidak kisah dengan siapa kamu berkahwin, ia adalah kehidupan kamu dan dia hanya ingin kamu gembira.
“Bapa kamu nak kamu tahu bahawa dia tidak kisah apa yang kamu fikirkan tentang perkahwinannya dengan saya.
“Kamu mahu pengesahan, hubungi bapa kamu sekarang, saya akan jawab panggilan dan serahkan telefon kepada dia,” tulis Haflin pada Rabu malam.
Haflin seterusnya memuat naik surat pengesahan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan yang jelas menyatakan Nazri merupakan suami kepada Haflin yang juga satu-satunya isteri beliau kini.
Haflin kemudian mencabar Nedim dan pengikutnya tampil bertemu dengan Nazri di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Isnin depan dipercayai bagi menyelesaikan isu antara mereka bertiga.
Se
Surat deklarasi perkahwinan yang dimuat naik oleh Haflin di Instagram menyatakan bahawa Nazri memiliki hanya seorang isteri.
Haflin, yang juga ibu kepada seorang anak lelaki turut memuat naik surat deklarasi perkahwinannya dengan Nazri dan mendakwa telah mendapat keizinan daripada suaminya untuk berbuat begitu.
Nazri ketika ditanya, mengesahkan bahawa beliau membenarkan Haflin untuk memuat naik posting berkenaan dan tidak mempunyai masalah dengan tindakan isteri nya.
Semakan mStar Online di akaun Instagram Nedim pada petang Khamis pula mendapati, suami kepada pelakon Nora Danish itu ada memuat naik Insta Story, dipercayai ditujukan kepada Haflin.
mentara itu, Nedim pada petang Khamis kembali memuat naik Insta Story, dipercayai ditujukan kepada Haflin.
Tulis Nedim: “Quos Deus vult perdere prius dementat – sesiapa yang Tuhan mahu hancur kan, Dia akan jadi kan orang itu naik gila.”
Haflin membalas nya dengan sarkastik apabila “memuji” kebolehan anak tiri nya itu berbahasa Perancis sama seperti anak kandungnya dengan Nazri yang digelar ‘JP’. Ujarnya:
“Bonjour! (Hello!) anak tiri saya @boss_ned sudah pandai ikut adik JP cakap Perancis la!
“C’est magnifique (bagus). Saya tak kisah langsung jika orang fikir saya gila atau tidak. Apa paling penting bapa kamu mencintai saya dan cinta dalam hidup nya ialah JP”.
sumber: kerepektempe