Sami Buddha yang dihormati Luang Phor Pian meninggal dunia pada usia 92 tahun November 16 2017 selepas sakit di sebuah hospital di ibu kota Thailand di Bangkok.
Revered monk Luang Phor Pian died aged 92 in November. This is what his body looks like after three months
Sami Buddha yang dihormati Luang Phor Pian meninggal dunia pada usia 92 tahun pada bulan November. Inilah keadaan tubuhnya selepas tiga bulan.
Luang Phor Pian sejurus sebelum kematiannya
Berasal dari Kemboja, Pian menghabiskan sebahagian besar hidupnya sebagai guru rohani dan buddha yang terkenal di provinsi Lopburi di tengah Thailand, di mana mayatnya dikembalikan setelah kematiannya.
Pada minggu ini pengikutnya mengeluarkan mayatnya dari keranda, yang telah disimpan di kuil tempat dia berkhidmat, dan terkejut mendapati mayatnya tidak mereput.
Hebatnya, Pian juga kelihatan tersenyum, dengan para pengikutnya mengambil gambar-gambar pada saat yang luar biasa itu dan berkongsi di media sosial.
Laporan mengatakan para pengikutnya telah mengeluarkan tubuh manusia dianggap ‘suci’ dan dipakaikan dengan jubah yang baru dan bersih.
Para buddha mengeluarkan tubuh Sami yang dianggap ‘suci’ agar di pakaikan dengan jubah yang baru
Badannya kelihatan seperti seseorang yang telah mati tidak lebih daripada 36 jam, menurut laporan
Keadaan Pian yang ‘tenang’ telah dijelaskan sebagai tanda bahawa biarawan itu telah benar-benar mencapai nirvana, menurut kepercayaan dalam fahaman Buddhisme.
Para pengikut sami itu akan terus berdoa untuknya sehingga upacara persemadian akhir diadakan pada hari ke-100 kematiannya.
sumber: The Sun via gonebabygone