Buat confessor yg cerita pasal roomate yg islamik tu, tahniah la sb dpt kawan yg zahirnya mmg nampak kebaikan dan kau sedarinya sendiri.
Berbeza dgn roomate aku. Roomate aku seorang yg tegas dan nampak garang. Aku panggil sebagai Zulaikha jela ya. Orangnya cantik tapi sayang mata aku nilai dia dr segi negatif sahaja. Kalau tak kenal, confirm2 kau akan gelar dia budak sombong.
Nak senyum pun payah. Senang cerita, kelakuan dia bertentangan drpd kisah roomate islamik tu. Sepanjang aku dalam bilik dgn dia, belum pernah aku nampak dia study. Tp hari-hari assignment dia siap dan dekan every sem. Dah la tidur awal, pastu bangun lambat. Entah bila dia study pun aku tak tahu.
So cerita pasal dia ni jadi bualan umpat aku hari-hari kt kawan-kawan aku. Mcm-macam la aku cerita ckp dia ada membela la, pemalas la apa la. Semua negatif aku cerita. Sampailah satu hari tu aku sendiri tersedar semuanya.
Aku paling lewat boleh stay up sampai pukul 1-2 pagi. Tu pun kadang-kadang. Satu hari tu, aku tak boleh nak lelap tapi aku paksa diri. Tiba-tiba dalam pukul 3pagi aku dengar telefon roomate aku berdering.
Aku pun pasang telinga jela kot2 siapa ntah telefon dia malam-malam buta mcmni. Tapi salah. Rupanya tu alarm dia. Aku tengok dia pusing 2 3 kali dan terus bangun pergi toilet. Keluar je dari toilet aku nampak dia amik telekung dan solat. Aku mcm speechless. Terkedu.
Habis je solat, dia punya doa tu betul2 menikam kalbu aku. Dengan esakan tangisan dia seolah-olah nak Allah perkenankan doa dia. Rasa mcm dunia ni dia tengah bercakap betul2 ikhlas depan Allah. Syahdu hati aku.
Part yg aku tak boleh control, bila dia doakan aku selaku roomate dia. Aku tak kaya. Masuk pun sekadar lepas yuran pertama je. Duit2 buku aku semua Zulaikha yg bagi.
Masa tu aku mengomel sorang sebab kata buku-buku mahal. Kalau org miskin, mana mampu nak beli. Lepastu dia tanya aku kenapa. Duit tak cukup ke? Dia hulur rm100. Dia cuma cakap “pinjam je. Hujung sem bayar balik.”
So sejak aku nampak dia berduit, kadang2 saja aku mengomel pasal duit. Dan Zu hulurkan je tanpa banyak songeh. Dia ckp, duit boleh cari. Kejar ilmu semampu yg boleh dan jangan merungut. Allah tak suka. Sejak tu aku jarang sangat dah nak cakap pasal duit.
Berbalik pada doa dia, dia selalu doa supaya aku dicukupkan segala2nya. Habis je solat, dia terus bukak buku. Aku tahan je mata nak tengok dia study sampai pukul berapa. Dia study sampai azan Subuh. Lepastu, dia pura2 sambung tidur sb biasanya alarm aku lak yang akan bunyi dan aku akan kejutkan dia.
Patut la selama ni aku kejut mcm senang je nak bangun. Mandi pun tak lama sb dia dah mandi siap-siap pukul 3 pagi tu.
So dia cuma cuci muka dan solat Subuh. Start dari sini aku mula nak kenal dia. Aku rasa dia special. Sebab aku berdua je dalam bilik dengan dia dan aku je yg selalu jarang dalam bilik.
Aku tekad nak tahu apa yg dia buat dan kemana dia selalu pergi bila aku tak ada kat bilik.
Malam tu, semua heboh ada ceramah israk mikraj. Jemputan pun ustaz gah-gah. Semua nak pergi kecuali Zu. Zu buat-buat tak tahu je.
Aku ajak, dia kata dia tak layak. Pergi masjid pun tak pernah. Ni sebab ustaz femes ada baru nak pergi masjid, baik tak payah. Aku mcm terkedu. Tp aku ikutkan je kawan2 aku.
Malam tu semua kolej kosong pergi masjid nak tengok ustaz femes. Bukan dengar ceramah pun. Masing2 cuma update fb dan ig masing-masing je konon- konon bajet islamik pergi kuliah. Habis je ceramah, aku terus balik bilik.
Aku tgk Zu tidur. Tp nafas dia turun naik. Aku fikir mesti dia solat menagis2 lagi kot. Waktu aku nak bukak kasut, aku ternampak kat baldi baju kotor ada purdah hitam dan jubah hitam. Aku angkat. Lagipun Zu selimut sampai ke muka. Aku tengok tu purdah yg dah basah lencun. Aku tertanya-tanya.
Esok tu Zu tanya ceramah pasal apa. Tp aku satu haram tak tahu. Aku tak dengar sebab berborak. Zu cuma geleng kepala. Malam tu, jiran sebelah bilik aku tanya, siapa yg pakai purdah yg keluar dr bilik aku semalam.
Aku tertanya-tanya, Zu ke tu? Operasi menyiasat aku teruskan. Hujung mingu Zu jarang balik. Dia ada kereta. Tapi sabtu dan ahad dia jarang ada.
Pagi2 dah tak ada. Jadi aku dah standby follow dia ketat-ketat. Pagi tu aku nampak Zu keluar pakai pakaian biasa. Zu ni tak pakai tudung labuh pun. Dia ber style sikit tapi bagi aku imej muslimah tu ada lagi la.
Dia beli nasi lemak. Banyak juga. Lepastu dia terus drive sampai ke satu rumah ni. Aku syak tu macam rumah kebajikan. Dia keluar pakai purdah! Kehadiran dia mmg disambut meriah. Semua budak-budak mcm happy tengok dia. Dia bagi makanan, terus dia balik.
Sepanjang tu, aku dah tak banyak ckp dengan dia. Dia lagi la tak payah ckp. Mmg buat hal sendiri je. Cuma kalau bab makan, dia kerap belikan aku sekali sampaikan aku naik segan juga.
Hujung sem, kitorang dah nak berpisah. Entah satu bilik lagi atau tak. Dia sikit pun tak sebut pasal duit. Aku terus hulurkan sampul duit . Walaupun tak cukup mcm apa yg dia bagi, tapi aku harap aku tak terlalu makan budi baik dia.
Dia cuma ckp, dia ikhlas. Duit boleh cari. Lagipun dia dah tak ingat berapa sebab dia kata aku bagi banyak sangat. Banyak apanya. RM150 je. Dia bagi aku lagi berlebihan. Last-last, aku tak tahan dah air mata.
Aku peluk dia kuat-kuat dan minta maaf sebab selalu jaja cerita buruk-buruk pasal dia. Dia tercengang-cengang. Aku cerita semua yg aku nampak. Zu cuma diam je. Baru aku nak angkat kaki, Zu tarik tangan aku. Dia ckp selama ni dia cuba utk sembunyikan kebaikan dia.
Dia tak nak orang nampak apa yg dia buat sebab dia kata riak tu umpama api dalam serkam. Yg perlahan-lahan membakar amal kebaikan dia selama ni. Biarlah manusia nilai dari mata kasar asalkan dia tahu Allah Maha Melihat segalanya.
Mengenai purdah, Zu mengaku itu dia punya. Dia pakai utk elak orang kenal siapa dia. Dia tak nak manusia puji-puji diri dia. Dan dia tahu aku pun mengumpat pasal dia. Nasihat dia kat aku, “jangan terlalu menunjuk kebaikan diri, takut keikhlasan tu tiada.”
Dan sampai sekarang aku pegang kata-kata dia, riak itu umpama api dalam serkam yg luarnya tak nampak apa-apa tapi bakar senyap-senyap dari dalam.
Kepada Zulaikha, terima kasih kerana buka mata aku. Jika dahulu aku terlalu menunjukkan diri utk orang tahu aku baik, tapi tetap ada manusia yg nampak kau lebih baik walaupun kau tak pernah zahirkannya.
Bila soal derma, kau tak pernah derma terang-terangan saat orang tengah berebut masukkan duit dalam tabung. Kau cuma pandang je. Bila dah reda, baru kau letak wang kau.
Saat orang lain kesusahan, kau tak teragak-agak nak hulur-hulur walaupun kau guna ayat “pinjam je. Hujung sem jgn lupa bayar.” Tp hakikatnya kau ikhlas memberi tanpa meminta. Saat orang lain lena diulit mimpi, kau bangun tahajud merintih berdoa pada yg Esa memohon perkenankan segala permintaan kau.
Saat orang lain mencerca diri kau, kau tersenyum malah mengiyakan kata-kata mereka. Dan saat aku beranggapan kau adalah manusia sombong, kau cuma kata “aku lebih suka berdiam diri drpd banyak berkata-kata kerana aku takut bila aku mula berkata-kata banyak, lebih banyak dusta daripada benar.”
Baru aku sedar semuanya. Kau tak sombong. Kau tutup kebaikan diri kau dr mata manusia. Sedangkan aku dan yg lain berlumba-lumba update status utk tunjuk kebaikkan kami di alam maya.
Nasihat aku buat pembaca, janganlah nilai manusia melalui mata kasar kau sahaja. Kau belum kenal siapa mereka. Boleh jadi dialah manusia yg lebih hebat drpd apa yg kau sangkakan. Assalamualaikum. – Maira via IIUM.
Sumber dari KisahLogik via islam agamaku