Kejadian itu juga menyebabkan Salmiah Marzuki terpaksa ditahan di wad hampir seminggu. Malah, jarinya juga tidak dapat berfungsi seperti biasa.
“41 hari yang lalu, jari saya digigit ular. Oleh disebabkan itu, saya terpaksa menginap di hospital selama 6 hari 6 malam. Akibat dari gigitan ular ini, sehingga sekarang jari saya masih tidak dapat berfungsi seperti biasa.
“Bukan ini cerita yang saya mahu sampaikan, tetapi saya ingin berkongsi nasihat seorang doktor agar jangan menanam pandan di belakang rumah sehingga terlalu merimbun. Memadai saja dengan menanamnya di dalam pasu untuk kegunaan sendiri. Menanam untuk tujuan komersial, lain cerita ya.
Pokok pandan yang ditanam di kebun kecil belakang rumah Salmiah | Foto – Salmiah Marzuki
“Menurut doktor yang berkongsikan pengalamannya ketika bertugas di unit orthopedik, banyak gigitan ular berlaku yang melibatkan mangsanya berada di kawasan pokok pandan. Ini termasuklah kes saya. Katanya, ular memang suka bersarang di celah-celah rimbunan pokok pandan. Jadi, berhati-hatilah ya rakan-rakan semua,” katanya.
Kejadian awal November lalu, jari telunjuk Salmiah bengkak disengat kala jengking | Foto – Salmiah Marzuki
Difahamkan, Salmiah pada awal November lalu pernah disengat kala jengking ketika melawat kebun kecil nya itu. Kesannya, jari telunjuk tangan kanan mengalami bengkak dan diberikan ubat antibiotik untuk meredakan bengkak nya. – The Reporter
sumber : www.gengviral.com